Escapism and lagha.

Hello semester 2! Cepat je masa berlalu. Baru tahun lepas masuk alam Ijazah. Baru dua tahun lepas masuk alam matrikulasi. Baru tiga tahun lepas tamat alam persekolahan, dan sekarang aku 50% tamat tahun pertama di alam universiti. Alhamdulillah. So aku dah satu minggu masuk ke kelas dengan harapan sem baru azam baru, perangai baru. Tak nak lagi jadi bangkai atas katil 24jam macam sem lepas. Semoga aku menjadi lebih kuat dan berwawasan (ceh gittew). For sure this sem I have to say NO to lot of things that leads to lagha. Banyak lagha sem 1, tu yang mendapat. I need to be more focus and organize things. Wish me luck guys.

Terima kasih ayah ibu adik hantar saya balik Melaka.
I've got pissed of something on that day, hence, the meal. Thanks Ayah :)

ESCAPISM

Hari pertama selepas kami ditinggalkan oleh parents di Melaka, we went out. First day kitorang sewa kereta kancil yang memang legend (RM7 per hour). Super expensive dan sangat tak berpatutan lah for me. Tujuan asal ialah untuk misi mencari cinta untuk friend to my friend. Effort sangat. I have an opinion about that but maybe on the next post, inshaaAllah ;) It was a great experience but sadly 'that guy' wasnt there so we went to Banda Hilir again the next day. Advantage orang yang ada satu kelas je sehari dan kelas tu dipagi hari jadi kami sangat free dipetang hari. Hehe! Good news, hari kedua adalah hasilnya. Still, the effort. We went to Aeon Bandaraya after that and watch Kingsman: The Secret Service. Jarang aku rate movie bagi tinggi but this movie memang 10 stars aku bagi. Bukan sebab rupa Eggsy. Bukan sebab loghat diorang yang power. Tapi sebab storyline yang baik. Plan to watch it again later.

Happy face lepas membaham burger A&W and curly fries also the famous float!
The Stadhuys buliding.
Lunch at Jonker 88. The best curry mee so far other than the Oldtown's.
Sempat zohor di Masjid Tanjung Kling, Melaka. 

Tak plan nak balik KL weekend ni sebab aku akan balik every weekend after this to attend my driving classes. Taaaapi apakan daya. Member semua balik karang aku pishang pulak sorang-sorang dalam bilik so ibu suruh balik. Baru 5 hari dah balik padahal baru habis sem break hampir 2 bulan melepet kat rumah hahahaha apakah ini semuaaaaa. So lepas habis kelas on Thursday terus shoot naik bas di Melaka Sentral to TBS pukul 5pm, sampai KL dalam pukul 7:17pm. Aku rasa macam awal lagi nak balik rumah terus (hahah!). Bertuah aku nak balik lalu KLCC dulu kalau naik train so menyinggah lah kita. Dah lama tak jalan sorang-sorang.

Favourite meal everytime datang sini. Seafood Marinara @ Pizza Milano.
Selfie dalam Kinokuniya. Hehe!

Dalam train I can see everyone is busy with their smartphones. Seriously, every single one of them. Ada sorang member aku pernah cerita pasal orang dekat London. Diorang dalam train masing-masing ada sesuatu untuk dibaca. Kita? #reflect Tapi kalau secara jujur kalau aku memang tak bolehlah. Tengok phone pun aku rasa nak muntah, inikan lagi membaca dalam train. *nampak ramai pasangan couple dating, fikir bila aku nak macam tu* Hahahahaha teruskan lagi berjalan berseorangan. Masuk kedai Typo... Rambang mata. How I wish they receive baucer buku. Hmm lol.

Antara vanilla, coklat dan strawberry aku akan pilih vanila.
Antara coklat dan strawberry, aku akan pilih strawberry.
Sebab aku ada alah coklat. Pelik? Tapi benar.
(random fact about me)

It was fun, jalan sorang-sorang. Buat kita berfikir banyak but in a good ways lah. Some people may think that it is fancy, but guys, not really. Awak tak perlu guna duit banyak pun nak jalan-jalan. For me I'm lucky kawasan tempat aku tinggal lengkap dengan public transport yang tak perlu cost banyak. Lepastu pandai-pandailah kau fikir cara nak spend duit for something. Benda yang paling aku suka ialah dapat tengok pemandangan yang cantik. Makan sedap tu bonus. Jujur aku cakap balik dari KLCC haritu aku tumbanglah sebab aku memang berjalan sepenuhnya. Haha! For those yang tak pernah try pergi jalan sorang-sorang tu cubalah. Serious best. Semua benda kita boleh decide tanpa perlu fikir pasal orang lain and paling penting, awak dapat luangkan masa for yourself. Walaubagaimanapun jangan lagha sangat :)

Thats all. Bye!

                                                                                                                       [Publish: 7/3/2015, 1:48 AM]

No comments:

Post a Comment