"It was so tough I'm crying inside... No one knows, no one was there... All by myself..."
First week of May has been tough for me. So far paling tough untuk tahun ni. Bad news datang bertubi-tubi. Lepas satu, satu benda menimpa. Penat lelah dia terasa dua kali ganda, and things are not going like how it was planned. Ujian dari si Dia.
Sebab nak mengejar due date, so kena double up the effort. By meaning-- less rest (less sleep, less sleep, less sleep) but that doesnt happened pun lol. Then on Wednesday aku dah terasa macam tak sihat. Demam. I'm pretty sure yang aku bukannya berjangkit dari roommate aku yang baru je habis demam, tapi aku rasa sebab lack of rest pun ada. Ditambah dengan sakit sakit badan sebab training netball and so on. Sakit tanda Allah sayang, nak hapus dosa. Allahu.
Ada satu malam tu I was outside, training, then I got a phone call from my big sister. Aku angkat call dia tengah menangis teresak-esak. She told about my grandma's jantung has stopped for few seconds but berjaya diselamatkan. My grandma, orang yang selalu bising satu rumah suruh buat kerja, yang tak pernah tahu nak duduk diam, yang suka masak banyak-banyak bagi anak cucu dia makan. Nenek. Everyone freaked out about that news. Nenek dah ada di ICU HKL masuk minggu ketiga dah. But still, has no sign that she's recovering. Tsk.
Pagi Khamis tu aku dah bangun awal dan bersiap nak ke kelas actually, tapi serious rasa tak larat. So I've decided untuk minta mc di Unit Kesihatan then boleh balik KL. Few minutes sebelum sampai rumah dapat berita from mak long tok ki baru saja meninggal dunia. Then we rushed back home because we were pretty sure that my dad tak check phone dia so sampai je rumah terus sampaikan berita pada ayah dan ibu. That heartbreaking moment...
Malam tu aku sekeluarga sampai di kampung Muar, ramai dah orang. Nampak mayat atok atas katil ditutup dengan kain batik diruangan bawah. Tempat mandikan mayat pun dekat je sebelah tu. Atok dah lama sakit, sakit tua. Mak uda cerita atok pergi dengan cara tenang. Alhamdulillah. If I'm not mistaken, masa muda dulu atok seorang guru. Lepas pencen dia jadi imam di masjid dekat je dengan rumah tu. Atok selalu ceria, suka senyum. Atok hampir masuk 81 tahun tahun ni. Kali terakhir berjumpa dengan atok 2-3 bulan lepas. Sekarang atok dah tak ada.. Ayah dah jadi anak yatim piatu..
Aku duduk dihujung katil dimana mayat diletakkan berhampiran dengan ayah dan aku sedekahkan surah yassin dan Al-Fatihah. That time, aku selalu terkenang kalau Dia ambil ayah aku... Secara jujur, aku tak sanggup. Kalau boleh ditukarkan nyawa aku dan ayah, biarlah dia ambil nyawa aku dulu. Tapi ayah kuat. Ayah tak nangis. Ayah kena kuat. Ayah anak lelaki sulung.
![]() |
He's smiling.. Arwah atok dengan cucu-cucunya masa raya tahun lepas (not complete). Last photo with him. |
Aku redha Allah ambil atok. Selama ni atok kuat tahan sakit. Dah tiga hari berlalu but sometimes I still cant believe that he's gone... Jangan risau tok, kami semua selalu ingat atok...
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Haji Abdul Rahman bin Haji Ali.
Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment