Ampun maaf dipinta.

Majlis doa restu antara murid dan guru telah pun dijalankan Jumaat yang lepas bersamaan dengan hari terakhir batch 1995 bersekolah, 2 November 2012. And to be more accurate, tulah last belajar dalam kelas dan duduk di kerusi meja yang telah menjadi peneman setia, tempat makan minum, tempat tidur aku, tempat aku meluahkan isi hati, tempat aku bergelak ketawa, dekat kerusi meja tulah. Tiba masanya kita berpisah. Terima kasih kerana setia berkhidmat selama 10 bulan ini. *tahan nangis*

Salam, minta mohon restu guru-guru yang banyak berjasa mendidik kita dari A sampai Z. Banyak dosa dah buat dengan cikgu. Maafkan kitorang ni, saya dan kawan-kawan yang tak fokus dalam kelas, tidur dalam kelas, tak buat kerja sekolah, terponteng kelas, etc. Jasa kalian tak akan pernahku lupa. Harap-harap dapat buktikan dekat cikgu-cikgu yang kami semua boleh!! *masih tahan nangis*

Salam, peluk kawan-kawan yang setia disisi selama zaman persekolahan. Teman kita menangis, teman kita ketawa, teman kita bergaduh, teman kita bergurau. Kenangan kita selama beberapa tahun ini tak akan dapat aku lupa. Terima kasih atas segala-galanya. At that one very moment, well I couldn't help to drop some tears off these eyes of mine. I realized that we will not be able to do what we always do together and that is really sucks. Really sucks. I'm going to miss all of them so much. I'm going to miss everything. *nangis*


Ikhlas dari hati, saya ingin memohon maaf dari hujung kepala hingga ke hujung kaki jika ada salah dan silap sepanjang pengenalan kita, sama ada sengaja atau tidak sengaja. Harap tidak ada dendam antara kita lagi, berdamailah kita. Kosong kosong, suci bersih. Terima kasih di atas segalanya, halalkan makan minum harta benda yang telah diberikan. Terima kasih bagi sokongan, nasihat dan semangat. Terima kasih teman saya belajar malam-malam. Doakan kejayaan saya dan kawan-kawan saya. 

Terima kasih. Saya maafkan semua.


Masanya sudah tiba. Bersiap sedia untuk berperang. Akanku merdeka kurang lagi sebulan. Harap sabar menanti kepulanganku. Selamat tinggal sayang. Jangan nakal-nakal.

1 comment: