IshkandarNabilah (part 1).

Sorry for neglecting you, blog. It has been a month since the wedding but I'm still gonna update about this because I want to remember it foreverrr. Btw aku tengah cuti sempena Hari Gawai. God Bless UiTM. Baru dapat curi masa untuk update. Here we go!

So, hari Khamis, aku gerak balik KL with my highschool besfwen, Wildani. Dari tengahari lagi Effa (adik pengantin) dah whatsapp aku tanya datang rehearsal ke tak malam ni. (Yes, I'm calling Nik pengantin bcs she is the bride!) Fuhhhh, #maidofhonordutysangat kannn. Kitorang naik bas apa entah aku main bantai beli the earliest ticket that we can get. Nasib baik class habis awal. Habis je kelas investment petang tu terus shoot ke Melaka Sentral weh. Dapat naik bas pukul 5pm.

To Kuala Lumpur we go!
Sampai TBS around 7-ish. From TBS, we took lrt and sampai Wangsa Maju dalam pukul 8+ malam. Akak pick up kat lrt station and singgah drive-thru KFC seksyen 5 sebab lapar gila namateyy. Makan dalam kereta je weh, tak balik rumah, terus gerak pergi dewan untuk rehearsal.

All the way from Melaka :)))) Alhamdulillah, rehearsal went well. Perasaan aku masa first time masuk dewan tu macam OH MY GOD THIS IS IT, MY BEST FRIEND IS GETTING MARRIED TOMORROW. Malam tu aku yang paling hyper la aku cakap. Apa yang family pengantin nak, aku tolong tunaikan permintaan diorang. Everyone work so hard to make this happen. Especially the surprises!! Weehee! After habis rehearsal/practice around 12am, aku gerak pergi rumah pengantin untuk berinai. Ezza, Wildani and Nunu dah start dulu sementara tunggu aku. Menikmati saki-baki masa sebelum bergelar puan. Pukul 1 pagi baru balik rumah. Teruk betul kasi pengantin tidur lambat. 

Panda girls.


IT'S THE SOLEMNIZATION DAY!


Friday, 29th April 2016 - Last night I cannot sleep, because I had a fight with Hafiz (lol). Went to bed late and woke up really early. Macam aku pula yg nak kahwin, excited terlebih. I know it is going to be a very long day. So I prepare myself up. First thing to do after breakfast, I went to mak lang's house at Danau Kota to pick up my dulang girl dress. Yes. Gila. Harini nak pakai, harini baru nak check baju. After I've picked up the dress, I went to rumah pengantin untuk ambil kereta and money for bride's flower. Aku gerak dengan ayah sebab Wildani masih lena didalam tidurnya so aku tinggalkan dia kat rumah. Haha. 

Balik je rumah aku terus try baju. And guys, what can possibly happened at this moment kan. I cannot fit into my dress!! AHHH STRESS!! Thank God mom is very helping. Dia terus betulkan baju aku. Phewww. So aku dengan Wil terus bersiap untuk majlis. Kitorang keluar awal sikit sebab kena pergi ambil bunga kat Danau Kota. Entah macam mana boleh sesatttt. Tergelak kitorang. Padahal sepatutnya 10 to 15 minutes dah boleh sampai.

Off gadis dan bunga.
Sampai kat rumah pengantin, pengantin baru mula nak bersiap-siap to do her make up. Keluarga pengantin pun masih lepak-lepak lagi. It was around 5pm. Sementara tunggu dulang girls yang lain sampai, aku, Wil and Nunu were struggling, buka Youtube cari style yang sesuai untuk pakai shawl. Stress. Dah pakai, cabut balik. Pakai, cabut balik. And boys, don't mess with girls bila kitorang tengah nak bersiap. SERIOUSLY. Kalau tudung kitorang tak jadi, peh, boleh buat gaduh woo.

Hampir tiba waktu Maghrib, pengantin bersiap pakai baju. Dulang girls semua dah sampai. Keluarga pengantin dan siap. Semua dah cantik cantik. Tinggal tunggu masa nak gerak ke dewan. Ah god, the feeling is just undescribable. Kelam kabut sebenarnya. Haha. Dengan nak angkut barang lagi. Dengan nak balas whatsapp Hafiz lagi. Dengan nak betulkan tudung kawan lagi. Dengan nak tenangkan diri sendiri lagi. Dengan nak ambil dulang hantaran lagi. Time tu la nak bergambar. Time tu la nak shoot video. Hujan pula malam tu. Nak lindung dulang hantaran dari kena hujan. Nak lari masuk kereta lagi. Aku cakap, memang tak sempat nak tweet update kejadah. Aku serabut semacam. Haha.

Ok ok, masa untuk gerak ke dewan!

The bride and dulang girls.

Dah sampai di Wisma LJT, pengantin and girls tunggu dalam waiting room. Tak habis lagi kelam kabut. Sibuk nak betulkan make up, betulkan tudung, nak practice jalan lagi. Bergambar tak payah cerita la. Haha. FaceTime dengan one of our bestfriend yang tak dapat attend this wedding because she's in Spain and we want to make she feels like she's here with us too. Buat live update kat dia sorang.


Sweethearts.
Now, masa untuk masuk dewan. Dup dap dup dap.

The maid of honor leads the way. (spotlight on point sangatttt)
It was kinda awkward because everyone is staring and we have to walk like super slow ikut beat music to the platform haha but yolo jelah. Tengok dia jalan masuk ke dalam dewan with her mom and everyone is looking at her. She was very pretty that night. Alhamdulillah. Selamat menjadi isteri kepada Mohammad Ishkandar dengan dua kali lafaz. My very first best friend who's already married. Congratulations Nik!!

Basically, my job.
with pretty girls, Ezza and Loya.

The bridesmaid - Nunu, Loya, Wil and Ezza!
Nak juga masuk, pengapit kat atas tu.

The night was lovely. The ambience, the people. I miss it so much. Disebabkan post ni macam panjang sangat, so, to be continued... The reception day!

No comments:

Post a Comment