Ramadhan.

Dah week 14 for semester 4. Cepat kan? Tinggal sebulan lagi nak habis and then ada lagi satu semester kat Melaka. Pejam celik pejam celik, dah dua tahun aku study kat sini.

But honestly, dalam masa nak habiskan ni, perit weh.

So this is my second year berpuasa di Melaka. Ambience dia lain. Kalau tahun lepas, time dah puasa ni dah start busy ber-study week nak final. Duduk library dari pagi ke petang. Kali ni, bulan puasa masih lagi ke kelas. Masih lagi naik tangga sampai tingkat 9. Huhu.

Thank God this time kerja assignment apa semua dah settle awal. Acah acah baik punya time management. Haha. Harini tadi aku dah settle our last presentation, and 2 tests. Ni yang aku reward diri jap lepak satu malam buat apa yang aku nak. Esok kena mula study balik untuk test seterusnya. Last hari Jumaat ni, test investment. Habis je test tu nanti, aku nak chow balik KL. Gedik gila pahal entah homesick. Nak makan lauk ibu. Selagi tak dapat lauk ibu, tak ada semangat nak jawab final exam. Haaa hahaha. Gitu. Lagi pun tak pernah berbuka sekali dengan family. Sobs.

Kalau kat matrik dulu, bulan puasa masa awal-awal lagi kat sana. Walaupun masih awal, tapi memang kelaut ah. Awal tu yang sedih. Tak pernah duduk jauh, kena duduk jauh. Lepas 3 bulan baru dapat balik. Eh tak lah, mana ada nangis. Sendu sikit-sikit je. Pastu jawab periksa macam haram. So, untuk tidak mahu mengulangi lagi kisah silam itu, aku kena balik juga weekend ni. (kemain cliche alasan kahkah!)

Sejak duduk AYAM ni, tak bercakap dengan orang lain, cuma aku dengan Farah, dah dua kali juga terlepas sahur. Aiseh. Padahal baru Ramadhan ke 9. Rindu nak puasa duduk kat kolej. Sahur beramai-ramai walaupun masing-masing makan kat meja masing-masing. Rindu orang orangnya. Memang la jumpa lagi tapi tak sama. Ha dah start sendu dahhhhhh.

Tapi haritu berjaya la satu hari try sahur kat luar. Peh, rasa pelik gila. Pukul 445 pagi dah keluar. Bagi gadis macam aku ni, perkara ni rare. HAHAHA. Tahniah geng (Nisa and Azfa). Kita dah break the record.

Pms-ingggg.

Minggu depan dah start exam. Paper minggu depan la yang aku paling zero. Sejarah Malaysia is a bore. Sejarah aku time SPM pun D. Nasib la kau kena hadap lagi kat U.

Btw, nak tengok Me Before You!! Huwaaa.  

Nak balik. Nak marah Amjad sebab tak puasa. Tunggu jap, akak adudu balik.

No comments:

Post a Comment